Majlis Miftahul Ilmi dan Pelancaran Projek Kecemerlangan STPM, SPM dan PT3 2020

3 Februari 2020 (Isnin) : Majlis Miftahul Ilmi dan Pelancaran Projek Kecemerlangan STPM, SPM dan PT3 Tahun 2020 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Awi bin Salleh, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. 

Bengkel Digital 2019

24 April 2019 (Rabu) - Seramai dua orang pelajar SMA Maarif telah menghadiri Bengkel Digital Sekolah Menengah Agama Terengganu tahun 2019 yang diadakan di SMA Khairiah, Kuala Terengganu. Mereka terdiri daripada Muhamad Iskandar bin Sufian (4Bukhari) dan Azem Zulfan bin Zulkifli (3Muslim). Kehadiran mereka diiringi oleh Cikgu Muhamad Izwan bin Zakaria.