Sambutan Hari Lahir Haji Amir

9 Ogos 2017 : Pusat Sumber Dato' Haji Abbas, SMA Maarif, Besut telah mengadakan majlis ringkas sambutan hari lahir Haji Amir yang jatuh pada 5 Ogos tiap-tiap tahun.

Pemantauan Pengurusan ICT, PSS dan Media Pendidikan PKG Raja 2017

 18 Jun 2017, Ahad - Pemantauan perkara-perkara tersebut di atas telah diadakan pada hari ini bermula jam 12.00 tengahari. YM Tuan Mohd Shafie bin Tuan Ismail, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Raja telah hadir sebagai Pegawai Pemantau.

Jom Membaca Bersama Untuk 10 Minit

25 April 2017, Selasa - Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit dijalankan serentak pada jam 11.00 - 11.10 pagi hari ini di seluruh negara. Warga SMA Maarif, Besut tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam program yang amat bermakna ini.

Program Trans Spirit Leader Pengawas Pusat Sumber SMA Terengganu 2017

31 Mac 2017, Jumaat - Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah menganjurkan program di atas pada 31 Mac - 1 April 2017 (Jumaat - Sabtu). Program ini diadakan di Sungai Kelemin, Hulu Dungun, Terengganu. Seramai 10 orang guru pengiring dan 30 orang pengawas pusat sumber dari 10 buah sekolah menengah agama Terengganu telah menghadiri program ini.

Majlis Penyerahan CD MBMMBI 2017

8 Februari 2017, Rabu - Satu majlis ringkas penyerahan CD MBMMBI 2017, English For Young Learners diadakan pagi ini di Bilik Tayang. Cikgu Razak bin Abd Rahman, Guru Perpustakaan dan Media telah menyerahkan CD berkenaan kepada Puan Hajjah Hayati binti Mohamad, GKMP Bahasa. Puan Hayati kemudiannya menyerahkan CD berkenaan kepada Puan Zaila binti Mat, Ketua Panitia Bahasa Inggeris.

Anugerah Pembestarian Sekolah 2016 Peringkat Negeri Terengganu

23 Januari 2017 (Isnin) : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu telah mengadakan Anugerah Pembestarian Sekolah 2016 Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Dewan Besar, BTPN Terengganu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Haji A Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu. Dalam majlis ini, seorang murid SMA Maarif, Qathrun Nada binti Ahmad Jasni telah mendapat anugerah Pengacara TV PPS Terbaik (Kategori Sekolah Menengah).