Bengkel Digital 2019

24 April 2019 (Rabu) - Seramai dua orang pelajar SMA Maarif telah menghadiri Bengkel Digital Sekolah Menengah Agama Terengganu tahun 2019 yang diadakan di SMA Khairiah, Kuala Terengganu. Mereka terdiri daripada Muhamad Iskandar bin Sufian (4Bukhari) dan Azem Zulfan bin Zulkifli (3Muslim). Kehadiran mereka diiringi oleh Cikgu Muhamad Izwan bin Zakaria.

Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti PSS SMA Terengganu 2019

2 April 2019 (Selasa) : Mesyuarat  Penyelarasan Aktiviti Pusat Sumber Sekolah Sekolah Menengah Agama Terengganu Tahun 2019 diadakan pada jam 9.00 pagi hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 2, Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Wan Mohd Noor bin Wan Ismail, Penolong Pesuruhjaya, Bahagian Pendidikan, JHEAT. Mesyuarat ini dihadiri oleh 20 orang guru dari 10 buah Sekolah Menengah Agama Terengganu. Cikgu Razak bin Abd Rahman (GPM) dan Cikgu Mohd Izwan bin Zakaria (Penyelaras TV Mu'allim) telah menjadi wakil bagi SMA Maarif.

Majlis Perasmian Studio TV Mu'allim

31 Mac 2019 (Ahad) : Satu Majlis Perasmian Studio TV Mu'allim, SMA Maarif telah diadakan pada hari ini. Majlis yang sangat ringkas ini dihadiri beberapa orang guru sahaja. Studio baharu yang terletak di satu ruang di dalam Perpustakaan ini telah diusahakan oleh Cikgu Kahizah binti Abd Kadir, Penolong Setiausaha, Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Dato" Haji Abbas (PSDHA). Cikgu Kahizah memilih untuk bersara pilihan mulai 1 April 2019.