Johan APSS Negeri Terengganu 2014

30 Mac 2015 (Isnin) - Pusat Sumber Dato' Haji Abbas, Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Negeri Terengganu Tahun 2014. Detik yang bersejarah itu diumumkan dalam majlis ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH NEGERI TERENGGANU 2014. Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua, telah hadir untuk menerima hadiah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Encik Ghazali bin Taib, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri Terengganu. Majlis yang dihadiri oleh semua pengetua dan guru besar sekolah-sekolah Negeri Terengganu ini telah diadakan di dewan besar, BTPN Negeri Terengganu. Kejayaan ini melayakkan pusat sumber sekolah ini menjadi wakil negeri Terengganu dalam Anugerah Pusat Sumber Sekolah peringkat kebangsaan (APSSK 2015).

Al-Qur'an Di Qalbu Ku

25 Mac 2015 (Rabu) :Pihak pengurusan sekolah telah melancarkan satu program yang dinamakan Al-Qur'an Di hatiku. Program ini diadakan pada setiap pagi di medan perhimpunan. Syeikh Mahmoud Ibrahim Ali Munufi, guru dari negara Mesir, telah diberi tanggungjawab untuk memimpin program ini.