Al-Qur'an Di Qalbu Ku

25 Mac 2015 (Rabu) :Pihak pengurusan sekolah telah melancarkan satu program yang dinamakan Al-Qur'an Di hatiku. Program ini diadakan pada setiap pagi di medan perhimpunan. Syeikh Mahmoud Ibrahim Ali Munufi, guru dari negara Mesir, telah diberi tanggungjawab untuk memimpin program ini. 

Beliau akan membaca satu ayat, diikuti oleh semua murid. Aktiviti ini diulang untuk beberapa ayat. Program ini telah menampakkan impak yang positif. Sahsiah murid-murid telah bertambah baik. Mereka sudah menunjukkan minat untuk belajar.