LADAP - Frog VLE Siri 1 2013

 29 September 2013 (Ahad) : Hari ini Pusat Sumber Dato' Haji Abbas, SMA Maarif, Besut mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) mengenai Frog VLE Siri 1. Latihan ini diadakan di Makmal Komputer.

Pemantauan PSS dan NILAM

10 Jun 2013 (Isnin)  - Encik Che Lah bin Hamat, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Raja telah datang membuat pemantauan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM. Beliau telah berkongsi banyak maklumat terkini tentang PSS. Beliau juga mengemukakan beberapa cadangan untuk penambahbaikan.

Penyelaras Unit-Unit PSDHA Tahun 2013

Perpustakaan

Pada tahun 2013, Ustazah Wan Nor Asiah bt Wan Mahmud telah diberi amanah untuk menguruskan perpustakaan dengan dibantu oleh beberapa orang dan pelajar. Perpustakaan sekolah ini mempunyai 1000 buah buku daripada pelbagai kategori. Pihak sekolah telah membeli Sistem Automasi, S-Lib untuk memudahkan urusan sirkulasi. Sistem ini mula digunakan pada tahun 2008.