Majlis Anugerah NILAM Peringkat Daerah Besut 2014


10 Mac 2014 (Isnin) : SMA Maarif, Besut telah dipilih sebagai tuan rumah Majlis Anugerah NILAM Peringkat Daerah Besut 2014. Majlis yang dihadiri oleh 330 orang tetamu ini telah diadakan di Dewan Besar sekolah. Majlis gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh YBM Tengku Zaihan bin Engku Abd Rahman, ADUN Kuala Besut. Beliau mewakili YB Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan II yang tidak dapat hadir kerana komitmen atas tugasan yang lebih penting.


YBM dan tetamu VIP disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar sebaik sahaja tiba di pintu utama sekolah. Mereka disambut oleh 150 orang murid yang berbaris dari pintu pagar utama ke dewan besar sekolah. 

Persiapan Majlis Anugerah NILAM Peringkat Daerah Besut 2014

3 Mac 2014 (Isnin) : Pihak Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMA Maarif telah membuat persiapan yang rapi sempena majlis yang bersejarah ini. Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) dari PKG Raja, PKG Jerteh dan PKG Bukit Payong telah turun padang untuk memberi bantuan dari segi idea, teknikal, pengurusan, kebersihan dan keceriaan. Selama beberapa hari, mereka bersama-sama dengan guru-guru PSS sekolah ini untuk memastikan PSS sekolah ini kelihatan ceria dan menarik.
Antara PTP yang hadir : En Che Lah, En Alham Radzi, Puan Dzarifah dan Puan Nurul