Persiapan Majlis Anugerah NILAM Peringkat Daerah Besut 2014

3 Mac 2014 (Isnin) : Pihak Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMA Maarif telah membuat persiapan yang rapi sempena majlis yang bersejarah ini. Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) dari PKG Raja, PKG Jerteh dan PKG Bukit Payong telah turun padang untuk memberi bantuan dari segi idea, teknikal, pengurusan, kebersihan dan keceriaan. Selama beberapa hari, mereka bersama-sama dengan guru-guru PSS sekolah ini untuk memastikan PSS sekolah ini kelihatan ceria dan menarik.
Antara PTP yang hadir : En Che Lah, En Alham Radzi, Puan Dzarifah dan Puan Nurul
Guru dan kakitangan PSS sedang membuat persiapan
En Ramli sedang membaiki kipas yang rosak