Mesyuarat Khas AJK PSDHA


9 Disember 2014 (Selasa) - Satu Mesyuarat Khas AJK Pusat Sumber Dato' Haji Abbas telah diadakan pada hari ini di Perpustakaan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Razak bin Abd Rahman, Guru Perpustakaan dan Media.

Mesyuarat Khas APSSNT 2014

1 Disember 2014 (Isnin) - Mesyuarat Khas Kali Pertama Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Terengganu 2014 telah diadakan pada hari ini bertempat di Perpustakaan.

Persiapan APSSNT 2014

Pusat Sumber Sekolah SMA Maarif, Besut telah membuat persiapan untuk menyambut panel penilai APSS Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2014. Seluruh warga Maarif telah bergabung tenaga untuk menampilkan PSS SMA Maarif sebagai yang terbaik. 


Pihak Pengurusan telah memberi sepenuh perhatian untuk memastikan persiapan dijalankan dengan sebaik yang mungkin.


Semua AJK PSS telah mengerah segenap kudrat dan idea untuk memberikan yang terbaik. Penambahbaikan dilakukan pada setiap waktu yang difikirkan patut. 


Kerjasama kumpulan sangat baik. Tidak ada AJK yang hanya memeluk tubuh, memerhati rakan-rakan lain membuat kerja. Sebaliknya, semuanya menyinsing lengan memberi bantuan yang diperlukan.

Khidmat Bantu Persiapan APSSNT 2014


Rabu, 5 November 2014 - Encik Che Lah bin Hamat, PTP II, PKG Raja telah turun padang untuk memberi Khidmat Bantu kepada AJK PSS SMA Maarif. Ia adalah perkhidmatan yang diberikan untuk mempersiapkan PSS sekolah ini untuk menyertai APSS Negeri Terengganu 2014. Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua, turut hadir untuk memberi sokongan moral. Beliau telah meluangkan masa selama lebih kurang 30 minit.

PROJEK G2D MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 6 TAHUN 2014

 
TARIKH
:
11 OKTOBER 2014 (SABTU)
TUAN RUMAH
:
PUAN ROHANI BT HJ OMAR
(KHOIRUNNISAA BT AB MUTALIB)
ALAMAT
:
KG.BUKIT PAYONG, BESUT, TERENGGANU

PROJEK G2D MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 5 TAHUN 2014

 

TARIKH
:  27 SEPTEMBER  2014 (SABTU)
TUAN RUMAH
:  PUAN ZAINAB BT MOHAMAD

   (MUHAMAD AMIR ASYRAF BIN MOIDER)
ALAMAT
:  RAKR NYIUR TUJUH, JERTEH, BESUT.

PROJEK G2D MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 3 TAHUN 2014

23 Ogos 2014 (Sabtu)Program siri 3 telah diadakan di rumah Encik Abd Aziz, Kampung Limbongan, Besut. Puan Hasnah bt Husein (GKMP Sains dan Matematik) dan Puan Rosmawati bt Yaacob (GKMP Votek) telah hadir memantau program kali ini.

PROJEK G2D MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 3 TAHUN 2014

  23 Ogos 2014 (Sabtu)

PROJEK G2D MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 1 TAHUN 2014

9 Ogos 2014 (Sabtu) : Program Matematik Tambahan di Rumah Siri 1 diadakan di rumah Encik Mohammad Bustaman bin Ali (ayah kepada Mohammad Amirul Fitri, Tingkatan 5PA1) di Kampong Pengkalan Nyireh, Besut. Seramai 13 orang murid (7 lelaki dan 6 perempuan) telah menghadiri program ini.

Kem Komputer Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu 2014


Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut telah dipilih sebagai tuan rumah Kem Komputer Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu Tahun 2014. Kem ini berlangsung pada 24 - 26 Jun 2014. Seramai 60 orang murid dari semua sepuluh buah sekolah menengah agama negeri Terengganu menyertai kem ini. Mereka terdiri daripada 30 orang murid lelaki dan 30 murid perempuan. Kem ini juga disertai oleh 20 orang guru. Semua peserta kem menginap di Kompleks Rakan Muda, Besut.

KEM KOMPUTER SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA TERENGGANU 2014.

24 - 26 Jun 2014 : Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut telah dipilih sebagai tuan rumah Kem Komputer Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu Tahun 2014. Kem ini berlangsung pada 24 - 26 Jun 2014. Seramai 60 orang murid dari semua sepuluh buah sekolah menengah agama negeri Terengganu menyertai kem ini. Mereka terdiri daripada 30 orang murid lelaki dan 30 murid perempuan. Kem ini juga disertai oleh 20 orang guru. Semua peserta kem menginap di Kompleks Rakan Muda, Besut.

Lawatan Penanda Aras dari SMK Putra, Jerteh.


12 Mei 2014 (Isnin) - Seramai empat orang guru PSS SMK Putra, Jerteh telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke sekolah ini. Mereka terdiri daripada Ustazah Zaidon bt Hassan, Cikgu Nurafida bt Ibrahim, Cikgu Fariza bt Ismail dan Cikgu Norelizawati bt Mohd Nasir. Mereka tiba di perkarangan sekolah pada jam 9.15 pagi. Tetamu telah disambut oleh Cikgu Razak bin Abd Rahman, GPM, Cikgu Kahizah bt Kadir, Ustazah Wan Nor Asiah bt Wan Mahmud, Hajjah Hasenah bt Ismail, Cikgu Nor Asnidar bt Ali, Cikgu Rohani bt Hussain dan Cikgu Marina bt Muda.

Majlis Anugerah NILAM Peringkat Daerah Besut 2014


10 Mac 2014 (Isnin) : SMA Maarif, Besut telah dipilih sebagai tuan rumah Majlis Anugerah NILAM Peringkat Daerah Besut 2014. Majlis yang dihadiri oleh 330 orang tetamu ini telah diadakan di Dewan Besar sekolah. Majlis gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh YBM Tengku Zaihan bin Engku Abd Rahman, ADUN Kuala Besut. Beliau mewakili YB Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan II yang tidak dapat hadir kerana komitmen atas tugasan yang lebih penting.


YBM dan tetamu VIP disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar sebaik sahaja tiba di pintu utama sekolah. Mereka disambut oleh 150 orang murid yang berbaris dari pintu pagar utama ke dewan besar sekolah. 

Persiapan Majlis Anugerah NILAM Peringkat Daerah Besut 2014

3 Mac 2014 (Isnin) : Pihak Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMA Maarif telah membuat persiapan yang rapi sempena majlis yang bersejarah ini. Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) dari PKG Raja, PKG Jerteh dan PKG Bukit Payong telah turun padang untuk memberi bantuan dari segi idea, teknikal, pengurusan, kebersihan dan keceriaan. Selama beberapa hari, mereka bersama-sama dengan guru-guru PSS sekolah ini untuk memastikan PSS sekolah ini kelihatan ceria dan menarik.
Antara PTP yang hadir : En Che Lah, En Alham Radzi, Puan Dzarifah dan Puan Nurul

Bengkel Pengisian Data SPS

12 Februari 2014 (Rabu) - Cikgu Razak bin Abd Rahman, Guru Perpustakaan dan Media telah menghadiri bengkel ini yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat, PKG Raja. Bengkel yang dimulakan pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Seramai 31 orang Guru Penyelaras SPS sekolah di bawah naugan PKG Raja telah menghadiri bengkel ini.

Bengkel Pengisian Data SPS

12 Februari 2014 (Rabu) - Cikgu Razak bin Abd Rahman, Guru Perpustakaan dan Media telah menghadiri bengkel ini yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat, PKG Raja. Bengkel yang dimulakan pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Seramai 31 orang Guru Penyelaras SPS sekolah di bawah naugan PKG Raja telah menghadiri bengkel ini.