Lawatan Penanda Aras dari SMK Putra, Jerteh.


12 Mei 2014 (Isnin) - Seramai empat orang guru PSS SMK Putra, Jerteh telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke sekolah ini. Mereka terdiri daripada Ustazah Zaidon bt Hassan, Cikgu Nurafida bt Ibrahim, Cikgu Fariza bt Ismail dan Cikgu Norelizawati bt Mohd Nasir. Mereka tiba di perkarangan sekolah pada jam 9.15 pagi. Tetamu telah disambut oleh Cikgu Razak bin Abd Rahman, GPM, Cikgu Kahizah bt Kadir, Ustazah Wan Nor Asiah bt Wan Mahmud, Hajjah Hasenah bt Ismail, Cikgu Nor Asnidar bt Ali, Cikgu Rohani bt Hussain dan Cikgu Marina bt Muda.
Tetamu telah dijemput masuk ke dalam Perpustakaan. Acara pertama ialah sesi bergambar kenang-kenangan. Selepas itu, satu taklimat mengenai PSS telah disampaikan oleh Cikgu Razak bin Abd Rahman. Ini diikuti dengan ucapan Cikgu Fariza bt Ismail yang mewakili tetamu. Kemudian, sesi soal-jawab diadakan. Tetamu telah diberi peluang untuk meninjau suasana bersih dan ceria perpustakaan. Cikgu Kahizah bt Kadir selaku guru pengiring telah memberikan penerangan tentang perpustakaan kepada para tetamu. Mereka juga diberi peluang untuk mengambil gambar-gambar yang menarik perhatian dengan menggunakan kamera tangan masing-masing.

Kemudian, tetamu dibawa melawat ke Bilik Tayang1. Tetamu disambut mesra oleh Cikgu Zanirariyyah bt Mat Junus, Penyelaras Bilik Tayang. Beliau seterusnya memberikan penerangan tentang bilik ini kepada tetamu. Selepas itu, tetamu dijemput ke Bilik BBM, yang terletak bersebelahan dengan Bilik Tayang1.


Ustazah Suziati bt Ibrahim, Penyelaras BBM menyambut mereka dengan sekuntum senyuman. Beliau juga memberikan sedikit penerangan mengenai bilik ini. Seterusnya, Cikgu Kahizah mengiringi tetamu ke Bilik Tayang2. Beliau sendiri memberi penerangan tentang bilik ini.  Tetamu juga dijemput ke Bilik Bimbingan dan Kaunseling yang terletak bersebelahan dengan Bilik Tayang2. Cikgu Marliana bt Othman, Kaunselor menyambut para tetamu dengan penuh keriangan. Para tetamu merasa kagum dengan keceriaan dan kekemasan bilik ini. Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan. Sesi soal-jawab dan perbincangan berlangsung di dalam setiap bilik yang dilawati.


Dari Bilik Bimbingan dan Kaunseling, tetamu dibawa berkunjung ke Makmal Komputer. Tetamu diberi penerangan ringkas oleh Cikgu Razak bin Abd Rahman dan Abdul Hafiz bin Razak, EIO sekolah.



Dari Makmal Komputer, tetamu dijemput ke kantin sekolah untuk menikmati makan tengahari. Perbincangan ringkas terus berlangsung dalam suasana mesra dan penuh kekeluargaan. 

Tetamu sekali lagi dibawa ke Perpustakaan. Majlis berakhir dengan sesi bertukar cenderahati.

Tetamu telah berangkat meninggalkan sekolah pada jam 1.00 tengahari.