Kunjungan GPM dan Keluarga ke Rumah Puan Roshaliza

30 Disember 2015, Rabu - Pada jam 6.00 petang hari ini, aku, isteri dan anak berkunjung ke rumah Puan Roshaliza bt Abd Wahab di Kampong Rawai, Bukit Payong, Terengganu. Kedatangan kami sekeluarga disambut mesra oleh Puan Roshaliza dan suaminya, Encik Mohammad Yusof.

Kunjungan GPM dan Keluarga ke Rumah Haji Akram @ Amir

29 Disember 2015, Isnin - Aku, isteri dan anak telah berkunjung ke rumah Haji Akram @ Amir bin Abd Majid, Ketua Unit, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Kedatangan kami pada jam 6.00 petang telah disambut oleh tuan haji.

Lawatan Penanda Aras Guru-Guru SMA Terengganu

25 Ogos 2015, Selasa - Seramai 40 orang guru SMA Terengganu telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Pusat Sumber Dato' Haji Abbas. Rombongan ini diketuai oleh Tuan Haji Wan Mohd Noor bin Wan Ismail, Penolong Pengarah (Pendidikan), MAIDAM. Rombongan terdiri daripada 21 orang guru pusat sumber dan 19 orang kaunselor. Turut sama dalam lawatan ini ialah Tuan Haji Mohd Fauzi bin Mustafa, Penyelia HEM (Pendidikan) MAIDAM. Ketibaan rombongan telah disambut mesra oleh kumpulan pengurusan dan guru-guru pusat sumber diketuai oleh Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua.

Aktiviti 1
Sesi bergambar di hadapan tiang bendera.
Ahli rombongan bergambar bersama kumpulan pengurusan dan guru pusat sumber

Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2015

6 Ogos 2015 (Khamis) : Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 telah diadakan pada hari ini.

Lawatan Kerja Timbalan Ketua PPD Besut

10 Mei 2015 (Ahad) Tuan Haji Mohd Yasmin bin Yusof, Timbalan Ketua, PPD Besut telah mengadakan lawatan kerja ke sekolah ini pada hari Ahad, 10 Mei 2015. Kehadiran beliau diiringi oleh Tuan Haji Mahusin bin Mamat, YM Tuan Shafie bin Tuan Ismail dan Encik Che Lah bin Hamat dari PKG Raja. Kedatangan beliau dan rombongan telah disambut oleh Tuan Haji Mat Zin bin Daud, GPK Pentadbiran. Tujuan kedatangan beliau ialah untuk memantau persiapan PSS sekolah ini dalam APSSK 2015. 

Dari Kiri : Haji Mohd Yasmin, Haji Mat Zin, Haji Mahusin, YM Tuan Shafie dan Encik Razak

Simulasi Penghakiman APSSK 2015 Kali 1

7 Mei 2015Simulasi Penghakiman Kali Pertama APSSK 2015 telah diadakan di sekolah ini pada hari Khamis, 7 Mei 2015. Antara mereka yang hadir ialah Encik Atip bin Ali, Ketua Pustakawan, PPDSNZ, UMT, Encik Abd Rahim bin Alias, Timbalan Ketua Pustakawan, PPDSNZ, UMT, Encik Mohd Shahrulnizam bin Zuraimi, Pustakawan Kanan, PPDSNZ, UMT (Panel Hakim), Encik Ramli bin Ismail, PTP I, PKG Paka (Hakim APSSK Tahun 2014 - Panel Hakim), Tuan Haji Akram @ Amir bin Abdul Majid, Ketua Unit, UPSP, BTPN Terengganu, Encik Amir bin Hamzah, UPSP, BTPN Terengganu dan Puan Roshaliza binti Abdul  Wahab, UPSP, BTPN Terengganu. Mereka diiringi oleh YM Tuan Shafie bin Tuan Ismail, PTP I, PKG Raja dan Encik Che Lah bin Hamat, PTP II, PKG, Raja.

Selepas majlis sambutan di pintu utama sekolah, tetamu, Pengurusan sekolah dan AJK PSS Dato' Haji Abbas menghadiri majlis bergambar di medan perhimpunan.

Duduk dari kiri : Puan Roshaliza, Haji Mat Zin, Encik Abd Rahim, Encik Atip, Haji Abdullah Fadzil, Haji Akram @ Amir, Encik Shahrulnizam, Encik Ramli, Encik Amir Hamzah dan Encik Mohd Azami.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014

23 April 2015 (Khamis) - Seramai 7 orang warga SMA Maarif telah menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SMKA & SABK Zon Semenanjung 2014. Mereka terdiri daripada 5 orang guru dan 2 orang kakitangan kumpulan pelaksana. Majlis yang gilang gemilang ini telah diadakan di Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor.

Guru terdiri daripada Encik Razak bin Abd Rahman (Guru Perpustakaan dan Media), Encik Muhd Azrul bin Mansor @ Nordin (Kaunselor), Encik Mohd Kthabi bin Yusof (Guru Penolong), Puan Kahizah bt Abd Kadir (Guru Penolong) dan Puan Nurzielah bt Mat Aroff (Guru Penolong). Manakala kakitangan kumpulan pelaksana ialah Encik Mohd Yusof bin Muda (Ketua Pembantu Tadbir) dan Puan Norul Shakimah bt Ya Salleh (Penyelia Asrama).

Johan APSS Negeri Terengganu 2014

30 Mac 2015 (Isnin) - Pusat Sumber Dato' Haji Abbas, Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Negeri Terengganu Tahun 2014. Detik yang bersejarah itu diumumkan dalam majlis ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH NEGERI TERENGGANU 2014. Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua, telah hadir untuk menerima hadiah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Encik Ghazali bin Taib, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri Terengganu. Majlis yang dihadiri oleh semua pengetua dan guru besar sekolah-sekolah Negeri Terengganu ini telah diadakan di dewan besar, BTPN Negeri Terengganu. Kejayaan ini melayakkan pusat sumber sekolah ini menjadi wakil negeri Terengganu dalam Anugerah Pusat Sumber Sekolah peringkat kebangsaan (APSSK 2015).

Al-Qur'an Di Qalbu Ku

25 Mac 2015 (Rabu) :Pihak pengurusan sekolah telah melancarkan satu program yang dinamakan Al-Qur'an Di hatiku. Program ini diadakan pada setiap pagi di medan perhimpunan. Syeikh Mahmoud Ibrahim Ali Munufi, guru dari negara Mesir, telah diberi tanggungjawab untuk memimpin program ini. 

Anugerah NILAM Peringkat Daerah Besut 2015

SELASA, 24 FEBRUARI 2015 - Dua orang pelajar sekolah ini menyertai Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Besut 2015 bertempat di PKG Jerteh. Nozirah bt Yahya, tingkatan 5EA1 adalah calon bagi Kategori Bahasa Melayu. Manakala Nur Syahirah Nabihah bt Zakaria, tingkatan 5PA2 mengambil bahagian dalam Kategori Bahasa Inggeris. Mereka diiringi oleh Puan Yati bin Mustafa, Penyelaras NILAM dan Puan Norul Zila bt Yusof, guru NILAM. Kedua-dua mereka telah berjaya dan akan mewakili sekolah dalam pertandingan yang akan diadakan pada 24 dan 25 Februari 2015 bertempat di PKG Jerteh.