Lawatan Penanda Aras Guru-Guru SMA Terengganu

25 Ogos 2015, Selasa - Seramai 40 orang guru SMA Terengganu telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Pusat Sumber Dato' Haji Abbas. Rombongan ini diketuai oleh Tuan Haji Wan Mohd Noor bin Wan Ismail, Penolong Pengarah (Pendidikan), MAIDAM. Rombongan terdiri daripada 21 orang guru pusat sumber dan 19 orang kaunselor. Turut sama dalam lawatan ini ialah Tuan Haji Mohd Fauzi bin Mustafa, Penyelia HEM (Pendidikan) MAIDAM. Ketibaan rombongan telah disambut mesra oleh kumpulan pengurusan dan guru-guru pusat sumber diketuai oleh Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua.

Aktiviti 1
Sesi bergambar di hadapan tiang bendera.
Ahli rombongan bergambar bersama kumpulan pengurusan dan guru pusat sumber
Aktiviti 2
Ahli rombongan dijemput menikmati “wellcome drink” di dewan makan asrama puteri. Tetamu dijamu dengan pulut, kelapa dan ikan goreng, karipap dan apam berkuah.





Aktiviti 3
Tetamu dijemput ke bilik mesyuarat untuk menghadiri majlis taklimat. 
Tentatif majlis ialah
Ucapan pengerusi majlis
Ucapan Aluan Pengetua
Ucapan Ketua Rombongan
Pembentangan Powerpoint Pusat Sumber Dato’ Haji Abbas
Tayang video koperat
Taklimat Unit Bimbingan dan Kaunseling
Majlis menandatangani MOU


Aktiviti 4
Lawatan ke Unit-Unit Pusat Sumer Dato’ Haji Abbas
Makmal Komputer
Bilik Iqra’ Digital
Laman Turath
Bilik Tayang 1
Bilik BBM
Bilik Bimbingan dan Kaunseling
Perpustakaan

Aktiviti 5
Makan tengahari di dewan makan asrama puteri. Juadah hari ini ialah nasi minyak berlauk ayam goreng merah dan daging goreng.


Ahli rombongan berlepas pulang pada jam 2.00 petang.