Kursus Kepimpinan Pengawas PSDHA Tahun 2018

4 Ogos 2018 (Sabtu) : Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Dato' Haji Abbas (PSDHA) tahun 2018 telah diadakan hari ini bertempat di Bilik Tayang 1. Kursus ini telah dirasmikan oleh Encik Che Lah bin Hamat, Pegawai Teknologi Pendidikan II, Pusat Kegiatan Guru (PKG) Raja, Besut.

Majlis Taklimat Frog VLE

25 Februari 2018 (Ahad) - Satu majlis taklimat mengenai Frog VLE telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar. Majlis yang bermula pada jam 12 tengahari ini dihadiri oleh 20 orang guru dan 200 orang pelajar tingkatan satu, dua dan empat. Taklimat yang menarik ini telah disampaikan oleh Puan Zaitul binti Zainuddin dari Unicliq Sdn.Bhd.