Bengkel Pembinaan Blog Daerah Besut

4 September 2012 (Selasa) : Bengkel Pembinaan Blog untuk Guru Perpustakaan dan Media peringkat Daerah Besut telah diadakan pada hari ini di PKG Jerteh. Seramai 25 orang GPM telah menghadiri bengkel yang dikendalikan oleh Encik Noor Azwari bin Che Mohd Noor dari PKG Langkap, Setiu.

Kursus Pembinaan Blog Siri 1 Tahun 2012

Kursus Pembinaan Blog Siri 1 Tahun 2012 telah diadakan pada 24 - 25 Februari 2012 (Jumaat - Sabtu) bertempat di Makmal Komputer. Kursus ini telah dikendalikan oleh Cikgu Razak bin Abd Rahman, Guru Perpustakaan dan Media sekolah ini. Kursus ini telah dihadiri oleh 25 orang peserta (20 perempuan dan 5 lelaki) pelajar Pra-Universiti.