Khidmat Bantu Persiapan APSSNT 2014


Rabu, 5 November 2014 - Encik Che Lah bin Hamat, PTP II, PKG Raja telah turun padang untuk memberi Khidmat Bantu kepada AJK PSS SMA Maarif. Ia adalah perkhidmatan yang diberikan untuk mempersiapkan PSS sekolah ini untuk menyertai APSS Negeri Terengganu 2014. Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua, turut hadir untuk memberi sokongan moral. Beliau telah meluangkan masa selama lebih kurang 30 minit.
Encik Che Lah telah mencurahkan segala kepakaran dan pengalaman beliau untuk memastikan Pusat Sumber Dato' Haji Abbas muncul sebagai sebuah PSS yang terbaik. Selain daripada berkongsi pengalaman dalam sistem fail, beliau turut memberi idea untuk meningkatkan lagi kebersihan dan keceriaan bilik-bilik PSS.