Perpustakaan
Bilik Tayang
Makmal Komputer
Pada tahun 2013, Ustazah Wan Nor Asiah bt Wan Mahmud
telah diberi amanah untuk menguruskan perpustakaan dengan dibantu oleh beberapa
orang dan pelajar. Perpustakaan sekolah ini mempunyai 1000 buah buku daripada
pelbagai kategori. Pihak sekolah telah membeli Sistem Automasi, S-Lib untuk
memudahkan urusan sirkulasi. Sistem ini mula digunakan pada tahun 2008.
Bilik Tayang
Pada tahun 2013, Bilik Tayang diuruskan oleh Cikgu Zanirariyah bt
Mat Junus dengan dibantu oleh beberapa orang AJK guru dan pelajar. Bilik ini dilengkapi
dengan sebuah PC yang disambung kepada sebuah LCD untuk memberi kemudahan
kepada guru-guru mengendali proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Mulai
tahun 2010, bilik ini telah dilengkapi dengan Kampus ASTRO. Ia memberi
kemudahan kepada pelajar-pelajar untuk melihat program-program yang menarik
seperti Planet Animal.
Makmal Komputer
Pada
tahun 2013, Cikgu Rohani bt Hussain sekali lagi diberi tanggungjawab untuk
menguruskan makmal komputer sekolah ini. Makmal komputer sekolah ini mempunyai
bangunan sendiri. Kemudahan yang disediakan adalah 2 buah bilik komputer, 2
buah tandas, bilik suis, bilik alatan dan bilik guru. Makmal ini dilengkapi
dengan kemudahan internet secara talian dan tanpa wayar. Sebanyak 60 buah
komputer mempunyai sambungan internet yang boleh digunakan oleh pelajar-pelajar
dengan dipantau oleh guru masing-masing.