Mesyuarat Khas AJK PSDHA


9 Disember 2014 (Selasa) - Satu Mesyuarat Khas AJK Pusat Sumber Dato' Haji Abbas telah diadakan pada hari ini di Perpustakaan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Razak bin Abd Rahman, Guru Perpustakaan dan Media.

Mesyuarat Khas APSSNT 2014

1 Disember 2014 (Isnin) - Mesyuarat Khas Kali Pertama Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Terengganu 2014 telah diadakan pada hari ini bertempat di Perpustakaan.

Persiapan APSSNT 2014

Pusat Sumber Sekolah SMA Maarif, Besut telah membuat persiapan untuk menyambut panel penilai APSS Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2014. Seluruh warga Maarif telah bergabung tenaga untuk menampilkan PSS SMA Maarif sebagai yang terbaik. 


Pihak Pengurusan telah memberi sepenuh perhatian untuk memastikan persiapan dijalankan dengan sebaik yang mungkin.


Semua AJK PSS telah mengerah segenap kudrat dan idea untuk memberikan yang terbaik. Penambahbaikan dilakukan pada setiap waktu yang difikirkan patut. 


Kerjasama kumpulan sangat baik. Tidak ada AJK yang hanya memeluk tubuh, memerhati rakan-rakan lain membuat kerja. Sebaliknya, semuanya menyinsing lengan memberi bantuan yang diperlukan.