Anugerah NILAM Peringkat Daerah Besut 2015

SELASA, 24 FEBRUARI 2015 - Dua orang pelajar sekolah ini menyertai Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Besut 2015 bertempat di PKG Jerteh. Nozirah bt Yahya, tingkatan 5EA1 adalah calon bagi Kategori Bahasa Melayu. Manakala Nur Syahirah Nabihah bt Zakaria, tingkatan 5PA2 mengambil bahagian dalam Kategori Bahasa Inggeris. Mereka diiringi oleh Puan Yati bin Mustafa, Penyelaras NILAM dan Puan Norul Zila bt Yusof, guru NILAM. Kedua-dua mereka telah berjaya dan akan mewakili sekolah dalam pertandingan yang akan diadakan pada 24 dan 25 Februari 2015 bertempat di PKG Jerteh.

Mesyuarat Khas AJK PSDHA


9 Disember 2014 (Selasa) - Satu Mesyuarat Khas AJK Pusat Sumber Dato' Haji Abbas telah diadakan pada hari ini di Perpustakaan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Razak bin Abd Rahman, Guru Perpustakaan dan Media.

Mesyuarat Khas APSSNT 2014

1 Disember 2014 (Isnin) - Mesyuarat Khas Kali Pertama Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Terengganu 2014 telah diadakan pada hari ini bertempat di Perpustakaan.