Lawatan Kerja Timbalan Ketua PPD Besut

10 Mei 2015 (Ahad) Tuan Haji Mohd Yasmin bin Yusof, Timbalan Ketua, PPD Besut telah mengadakan lawatan kerja ke sekolah ini pada hari Ahad, 10 Mei 2015. Kehadiran beliau diiringi oleh Tuan Haji Mahusin bin Mamat, YM Tuan Shafie bin Tuan Ismail dan Encik Che Lah bin Hamat dari PKG Raja. Kedatangan beliau dan rombongan telah disambut oleh Tuan Haji Mat Zin bin Daud, GPK Pentadbiran. Tujuan kedatangan beliau ialah untuk memantau persiapan PSS sekolah ini dalam APSSK 2015. 

Dari Kiri : Haji Mohd Yasmin, Haji Mat Zin, Haji Mahusin, YM Tuan Shafie dan Encik Razak

Simulasi Penghakiman APSSK 2015 Kali 1

7 Mei 2015Simulasi Penghakiman Kali Pertama APSSK 2015 telah diadakan di sekolah ini pada hari Khamis, 7 Mei 2015. Antara mereka yang hadir ialah Encik Atip bin Ali, Ketua Pustakawan, PPDSNZ, UMT, Encik Abd Rahim bin Alias, Timbalan Ketua Pustakawan, PPDSNZ, UMT, Encik Mohd Shahrulnizam bin Zuraimi, Pustakawan Kanan, PPDSNZ, UMT (Panel Hakim), Encik Ramli bin Ismail, PTP I, PKG Paka (Hakim APSSK Tahun 2014 - Panel Hakim), Tuan Haji Akram @ Amir bin Abdul Majid, Ketua Unit, UPSP, BTPN Terengganu, Encik Amir bin Hamzah, UPSP, BTPN Terengganu dan Puan Roshaliza binti Abdul  Wahab, UPSP, BTPN Terengganu. Mereka diiringi oleh YM Tuan Shafie bin Tuan Ismail, PTP I, PKG Raja dan Encik Che Lah bin Hamat, PTP II, PKG, Raja.

Selepas majlis sambutan di pintu utama sekolah, tetamu, Pengurusan sekolah dan AJK PSS Dato' Haji Abbas menghadiri majlis bergambar di medan perhimpunan.

Duduk dari kiri : Puan Roshaliza, Haji Mat Zin, Encik Abd Rahim, Encik Atip, Haji Abdullah Fadzil, Haji Akram @ Amir, Encik Shahrulnizam, Encik Ramli, Encik Amir Hamzah dan Encik Mohd Azami.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014

23 April 2015 (Khamis) - Seramai 7 orang warga SMA Maarif telah menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SMKA & SABK Zon Semenanjung 2014. Mereka terdiri daripada 5 orang guru dan 2 orang kakitangan kumpulan pelaksana. Majlis yang gilang gemilang ini telah diadakan di Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor.

Guru terdiri daripada Encik Razak bin Abd Rahman (Guru Perpustakaan dan Media), Encik Muhd Azrul bin Mansor @ Nordin (Kaunselor), Encik Mohd Kthabi bin Yusof (Guru Penolong), Puan Kahizah bt Abd Kadir (Guru Penolong) dan Puan Nurzielah bt Mat Aroff (Guru Penolong). Manakala kakitangan kumpulan pelaksana ialah Encik Mohd Yusof bin Muda (Ketua Pembantu Tadbir) dan Puan Norul Shakimah bt Ya Salleh (Penyelia Asrama).