Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut telah dipilih sebagai
tuan rumah Kem Komputer Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu Tahun 2014.
Kem ini berlangsung pada 24 - 26 Jun 2014. Seramai 60 orang murid dari semua
sepuluh buah sekolah menengah agama negeri Terengganu menyertai kem ini. Mereka
terdiri daripada 30 orang murid lelaki dan 30 murid perempuan. Kem ini juga
disertai oleh 20 orang guru. Semua peserta kem menginap di Kompleks Rakan Muda,
Besut.
KEM KOMPUTER SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA TERENGGANU 2014.
24 - 26 Jun 2014 : Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut telah dipilih sebagai tuan rumah Kem Komputer Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu Tahun 2014. Kem ini berlangsung pada 24 - 26 Jun 2014. Seramai 60 orang murid dari semua sepuluh buah sekolah menengah agama negeri Terengganu menyertai kem ini. Mereka terdiri daripada 30 orang murid lelaki dan 30 murid perempuan. Kem ini juga disertai oleh 20 orang guru. Semua peserta kem menginap di Kompleks Rakan Muda, Besut.
Lawatan Penanda Aras dari SMK Putra, Jerteh.
12 Mei 2014 (Isnin) - Seramai empat orang guru PSS SMK Putra, Jerteh telah mengadakan
Lawatan Penanda Aras ke sekolah ini. Mereka terdiri daripada Ustazah Zaidon bt
Hassan, Cikgu Nurafida bt Ibrahim, Cikgu Fariza bt Ismail dan Cikgu Norelizawati
bt Mohd Nasir. Mereka tiba di perkarangan sekolah pada jam 9.15 pagi. Tetamu
telah disambut oleh Cikgu Razak bin Abd Rahman, GPM, Cikgu Kahizah bt Kadir,
Ustazah Wan Nor Asiah bt Wan Mahmud, Hajjah Hasenah bt Ismail, Cikgu Nor
Asnidar bt Ali, Cikgu Rohani bt Hussain dan Cikgu Marina bt Muda.
Subscribe to:
Posts (Atom)
