30 Mac 2015 (Isnin) - Pusat Sumber Dato' Haji Abbas, Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Negeri Terengganu Tahun 2014. Detik yang bersejarah itu diumumkan dalam majlis ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH NEGERI TERENGGANU 2014. Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua, telah hadir untuk menerima hadiah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Encik Ghazali bin Taib, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri Terengganu. Majlis yang dihadiri oleh semua pengetua dan guru besar sekolah-sekolah Negeri Terengganu ini telah diadakan di dewan besar, BTPN Negeri Terengganu. Kejayaan ini melayakkan pusat sumber sekolah ini menjadi wakil negeri Terengganu dalam Anugerah Pusat Sumber Sekolah peringkat kebangsaan (APSSK 2015).
Al-Qur'an Di Qalbu Ku
25 Mac 2015 (Rabu) :Pihak pengurusan sekolah telah melancarkan satu program yang dinamakan Al-Qur'an Di hatiku. Program ini diadakan pada setiap pagi di medan perhimpunan. Syeikh Mahmoud Ibrahim Ali Munufi, guru dari negara Mesir, telah diberi tanggungjawab untuk memimpin program ini.
Anugerah NILAM Peringkat Daerah Besut 2015
SELASA, 24 FEBRUARI 2015 - Dua orang pelajar sekolah ini menyertai Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Besut 2015 bertempat di PKG Jerteh. Nozirah bt Yahya, tingkatan 5EA1 adalah calon bagi Kategori Bahasa Melayu. Manakala Nur Syahirah Nabihah bt Zakaria, tingkatan 5PA2 mengambil bahagian dalam Kategori Bahasa Inggeris. Mereka diiringi oleh Puan Yati bin Mustafa, Penyelaras NILAM dan Puan Norul Zila bt Yusof, guru NILAM. Kedua-dua mereka telah berjaya dan akan mewakili sekolah dalam pertandingan yang akan diadakan pada 24 dan 25 Februari 2015 bertempat di PKG Jerteh.

